Kamis, 10 Agustus 2017

Kalam Ali

Ketika Sayyidina Ali ditanya oleh Para Sahabat:
"Wahai Ali, apakah kamu melihat Allah yang kamu sembah?"

Sayyidina Ali berkata:
"Aku tidak menyembah apa yang tidak aku lihat."

|  Perkataan Sayyidina Ali ini tidaklah salah, kerana ucapan itu adalah ucapan orang yang sudah dianugerahkan dengan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah yang sering disebut dengan makrifatullah, orang yang sudah mencapai Maqam Fanafillah, maksud melihat itu bukanlah melihat dengan mata zahir, tetapi melalui batinnya.

|  Jadi maksud melihat Allah adalah merasakanNya, mengetahuiNya, mengenalNya secara mendalam dengan sebenar benarnya. Didalam ertikata lain sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Zat, Sifat, Nama dan Perbuatan Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah yang terhasil daripada seseorang itu melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan 'Iktiqad Tauhid'.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar